Pengenalan

Tradisi Kita ialah sebuah siri dokumentari yang meraikan warisan kulinari Malaysia dengan mengangkat makanan tradisional sebagai lebih daripada sekadar resipi—ia adalah cerminan hidup memori, budaya dan jati diri. Inisiatif ini menghidupkan kembali unsur warisan tidak ketara negara menerusi makanan, dengan memberi penghormatan kepada kisah-kisah, nilai-nilai, dan ilmu yang diwarisi turun-temurun.

Setiap episod Tradisi Kita mengetengahkan juadah warisan dari pelbagai wilayah yang diiktiraf di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005, dengan mendokumentasikan bukan sahaja ramuan dan kaedah penyediaan, tetapi juga falsafah, naratif lisan, serta kearifan tempatan yang terkandung dalam proses penyediaannya. Diterajui oleh suara generasi berbeza—dari tukang masak di rumah hingga tokoh komuniti—siri ini membawa penonton menyelusuri dapur dan kampung yang menjadi medan hidupnya budaya.

Melalui pendekatan penceritaan dan kaedah etnografi seperti temu bual dan demonstrasi memasak, Tradisi Kita menjadi arkib yang dinamik—di mana makanan berfungsi sebagai teks budaya, bentuk kuasa halus (soft power), dan jambatan antara generasi serta komuniti. Dalam era perubahan pantas dan globalisasi, projek ini mengingatkan kita bahawa makanan bukan sekadar untuk kenyang, tetapi juga tentang asal-usul, identiti, dan cara kita berhubung sebagai masyarakat.

Menerusi platform digital, siri ini mengundang rakyat Malaysia dan khalayak antarabangsa untuk menghayati warisan kita bersama menerusi rasa, memori, dan makna. Tradisi Kita bukan sekadar dokumentasi—ia adalah satu usaha pemeliharaan, kebanggaan dan diplomasi budaya yang disampaikan melalui bahasa makanan.

 

Dikarang oleh: Prof. Madya. Dr. Roslina Ismail

Introduction

Tradisi Kita is a documentary series that celebrates Malaysia’s culinary heritage by highlighting traditional dishes as more than recipes—they are living expressions of memory, culture, and identity. This initiative reclaims and revitalises elements of Malaysia’s warisan tidak ketara (intangible cultural heritage) through food, honouring the diverse stories, values, and knowledge systems passed down through generations.

Each episode of Tradisi Kita showcases regional dishes recognised under the Akta Warisan Kebangsaan 2005, documenting not only the ingredients and cooking processes but also the philosophies, oral histories, and everyday wisdom embedded in their preparation. Guided by intergenerational voices—home cooks, elders, and artisans—the series brings viewers into kitchens and kampungs where culture is kept alive through the act of cooking.

By combining storytelling with ethnographic methods such as interviews and cooking demonstrations, Tradisi Kita becomes a dynamic archive—where food serves as a cultural text, a form of soft power, and a bridge across generations and communities. In a time of rapid change and globalisation, this project reminds us that food is not just about sustenance, but about who we are, where we come from, and how we connect with one another.

Accessible through digital platforms, the series invites Malaysians and global audiences alike to experience our shared heritage through taste, memory, and meaning. Tradisi Kita is more than documentation—it is a gesture of preservation, pride, and cultural diplomacy through the language of food.

 

Written by: Assoc. Prof. Dr. Roslina Ismail